Gelaran utama yang digunakan Charles_III

Jata peribadi Putera Charles

Sejak kelahirannya hingga ibu beliau menjadi Ratu pada 1952, Charles dikenali sebagai:

  • His Royal Highness Prince Charles of Edinburgh
    Yang Teramat Mulia Putera Charles dari Edinburgh

Sejak penabalan ibunya hingga 1958, beliau dikenali sebagai:

  • His Royal Highness The Duke of Cornwall (di luar Scotland)
    Duli Yang Teramat Mulia Duke Cornwall
  • His Royal Highness The Prince Charles, Duke of Rothesay (dalam Scotland)
    Duli Yang Teramat Mulia Putera Charles, Duke Rothesay

Sejak 1958, beliau dikenali sebagai:

  • His Royal Highness The Prince of Wales (di luar Scotland)
    Duli Yang Teramat Mulia, Putera Wales
  • His Royal Highness The Prince Charles, Duke of Rothesay (dalam Scotland)
    Duli Yang Teramat Mulia Putera Charles, Duke Rothesay

Gelaran penuhnya (jarang digunakan):

His Royal Highness The Prince Charles Philip Arthur George, Prince of Wales, Duke of Cornwall and Earl of Chester, Duke of Rothesay, Earl of Carrick, Baron of Renfrew, Lord of the Isles, Prince and Great Steward of Scotland, Knight Companion of the Most Noble Order of the Garter, Knight of the Most Ancient and Most Noble Order of the Thistle, Great Master and First and Principal Knight Grand Cross of the Most Honourable Order of the Bath, Member of the Order of Merit, Knight of the Order of Australia, Companion of the Queen's Service Order, Member of Her Majesty's Most Honourable Privy Council, Aide-de-Camp to Her Majesty.

Dengan kemangkatan Elizabeth II, andainya Putera Charles mahu menyimpan namanya, beliau akan dikenali sebagai Raja Charles III apabila menaiki takhta. Namun, Putera Charles mengatakan bahawa beliau tidak begitu suka dengan nama "Charles" kerana kaitannya dengan kejadian-kejadian buruk dalam sejarah diraja Britain. Contohnya, peristiwa Charles I yang telah dipancung akibat Perang Saudara Inggeris pada permulaan pentadbiran Britain yang singkat sebagai sebuah republik oleh Oliver Cromwell. Anak Charles I, Charles II dibuang negeri selama 18 tahun dan pulang ke England pada 1660 dan mendapat gelaran "Raja yang Ria" disebabkan ramai perempuan-perempuan simpanannya. Nama "Charles" juga sering dikaitkan dengan Bonnie Putera Charlie, seorang bangsawan dari Scotland yang ingin mengambil takhta Inggeris dan memerintah sebagai Charles III. Langkah Putera Charles untuk tidak menggunakan namanya apabila ditabal kelak bukanlah perkara yang tidak pernah berlaku. Contohnya, tiga daripada enam raja Britain pada masa lampau telah memilih nama yang lain daripada nama lahir mereka. Dilaporkan bahawa nama yang mungkin dipilih oleh Charles kelak adalah "George VII" bagi memperingati mendiang datuknya.[4]